comscore
Tumpuan :
Nasional

Akaun syarikat pengeluar tudung 30 Maple dibekukan – Azam

Oleh: Fareez Azman

KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan akaun syarikat 30 Maple Sdn Bhd (30 Maple) yang mengeluarkan produk tudung jenama mewah milik usahawan Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, tindakan itu dilakukan bagi membantu siasatan dijalankan pihaknya berhubung kes kerugian pelaburan melibatkan syarikat FashionValet Sdn Bhd.

“(Sama ada wujud penyelewengan) Yang tu saya tidak mahu umumkan lagi, ini kita serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk lihat kertas siasatan kita.

“Siasatan ada menyita akaun daripada FashionValet, syarikat 30 Maple saya tidak silap telah dibekukan,”katanya.

Tambah Azam, pihaknya juga tidak menolak berkemungkinan terdapat pertambahan saksi yang diminta tampil bagi membantu siasatan kes itu.

“Kita percepatkan siasatan ini, setakat ini saksi masih lagi 14 tambahan 4 saksi, kemungkinan ada 2-3 saksi tambahan kita akan kemukakan.

“Selepas 2 minggu kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk membuat keputusan seperti cadangan-cadangan (SPRM) seperti dimaklumkan kelak,” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Program Menembak SPRM bersama Media di sini hari ini.

Sebelum ini, SPRM memaklumkan telah merakam keterangan 14 individu bagi membantu siasatan berhubung aliran tunai diterima pengasas syarikat fesyen tempatan itu.

Azam kemudiannya memaklumkan, empat lagi individu lain dipanggil bagi dirakam keterangan bagi tujuan sama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini