Tumpuan :
Nasional

Akaun Facebook EAIC digodam

KUALA LUMPUR: Akaun Facebook rasmi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dilaporkan tidak dapat diakses pentadbir akaun dipercayai akibat digodam sejak jam 11 pagi tadi.

EAIC dalam satu kenyataan hari ini berkata sehingga kini pihaknya masih belum berjaya untuk mendapatkan akses kepada akaun Facebook terbabit.

“EAIC sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendapatkan kembali akses ke akaun itu.

Sehubungan dengan itu, EAIC dengan ini menafikan sebarang status atau kenyataan yang dimuat naik di laman itu selepas jam 11.00 pagi hari ini,” katanya.

Hasil semakan di laman Facebook tersebut mendapati hantaran terakhir yang dimuat naik adalah pada 23 jam lalu berkaitan sesi libat urus EAIC bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Padang Besar, Perlis.

Loading...
Terkini