comscore
Tumpuan :
Nasional

Akan ada serbuan baharu bersabit kes MBI

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada sidang media selepas Majlis Tamat Latihan Dan Pentauliahan Pegawai Integriti Muda Kadet Kor Sukarelawan Mahasiswa Anti Rasuah (Kor SUAR) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus, Terengganu, hari ini.

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA NERUS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan akan ada serbuan baharu dalam kes Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) berkaitan rasuah konsesi perlombongan pasir.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan mendapatkan bukti secukupnya sebelum pendakwaan dilakukan.

Setakat ini, sebanyak 20 projek sedang disiasat dan hampir 20 saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan dan membekukan aset bernilai jutaan ringgit.

Sebelum ini, tempoh reman seorang individu yang ditahan dilanjutkan tujuh hari bagi membantu siasatan dan tiada tangkapan baharu dibuat berkaitan kes berkenaan.

Khamis lalu, SPRM menahan bekas eksekutif kanan MBI dan seorang ahli perniagaan.

Sembilan premis digeledah dan wang tunai hampir RM6 juta ringgit disita setakat ini termasuk penemuan wang tunai dalam mata wang asing bersamaan RM5 juta ringgit di sebuah kediaman.

“Saya begini, saya tidak menolak kemungkinan kalau ada kerja kami untuk mendapatkan bukti-bukti dan kalau sekiranya perlu kita geledah, kita geledah la apa nama yang digunakan tu tidak penting safe house ke rumah selamat ke rumah simpanan ke tak kisah la mana-mana tempat yang mempunyai barang bukti menjadi tugas pegawai penyiasat saya untuk cari bukti berkenaan,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas Majlis Tamat Latihan Dan Pentauliahan Pegawai Integriti Muda Kadet Kor Sukarelawan Mahasiswa Anti Rasuah (Kor SUAR) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus, Terengganu, siang tadi.

Seramai 39 Kor SUAR membabitkan mahasiswa UniSZA ditauliahkan di majlis itu dan SPRM menyasarkan Kor Suar akan diperluas di semua universiti awam di negara ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini