Tumpuan :
Dunia Seni

AJL39: Ernie buat penonton ‘berbunga’, Aina ‘merahkan’ pentas

Persembahan Ernie Zakri dan Aina Abdul di Axiata Arena Bukit Jalil. – Foto NSTP

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

KUALA LUMPUR: Finalis Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), Ernie Zakri menerima ‘standing ovation’ daripada penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil selepas menyampaikan persembahan memukau menerusi lagu Aura.

Tampil unik, Ernie membawa suasana taman bunga ke atas pentas, mencipta latar yang indah dan magis. Dikenali dengan vokal luar biasanya, Ernie turut mempamerkan kehebatan teknikal dengan merakam lapisan harmoni secara langsung, menjadikan persembahan lebih istimewa. Anggun dalam busana merah jambu, kehadirannya di pentas meninggalkan impak yang sukar dilupakan.

Sementara itu, seorang lagi finalis, Aina Abdul mencuri tumpuan dengan persembahan berkonsep visual artistik bertemakan merah, yang melambangkan simbolik jantung manusia.

Tampil dalam gaun merah dramatik dengan rekaan menyerupai saraf manusia, Aina membuka persembahan dengan bermain piano, menambah elemen dramatik.

Mengukuhkan lagi pencapaiannya, Aina turut dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pilihan Unifi Mobile, mengukuhkan statusnya sebagai antara finalis yang paling dinantikan di AJL39.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini