Tumpuan :
Nasional

AJL39 cipta sejarah, raih 60.1% syer penonton dan 2.1 bilion capaian digital

KUALA LUMPUR: Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) mencatat kejayaan luar biasa apabila meraih 60.1 peratus syer penonton, menjadikannya antara edisi paling popular dalam sejarah penganjurannya.

Selain sambutan hangat di televisyen, AJL39 turut mencipta fenomena di dunia digital dengan 2.1 bilion capaian di media sosial dan 236 juta jumlah tontonan video.

Data daripada Nielsen, Tonton, dan Meltwater juga menunjukkan acara ini mendapat 150,000 sebutan di platform digital dengan 82 peratus daripadanya bercorak sentimen positif.

Platform penstriman Tonton turut mencatat peningkatan penonton sebanyak 8 peratus, mengukuhkan lagi kedudukan AJL sebagai acara yang terus relevan dalam era digital.

AJL39 menyaksikan lagu “Hening Rindu”, nyanyian Marsha Milan ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dinobatkan sebagai Juara.

Selain itu, ‘Bukan Lagi Kita’ oleh Nadeera Zaini meraih Naib Juara, sementara ‘Saksama’ nyanyian Akim & The Majistret menduduki tempat ketiga.

Ernie Zakri memenangi Vokal Terbaik menerusi ‘Aura’, manakala Aina Abdul meraih Persembahan Terbaik dengan lagu ‘Puas Sudah’.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini