comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] AJL 38 raih 6.4 juta tontonan TV, 3.2 bilion capaian di platform digital

 

PETALING JAYA: Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) yang berlangsung 3 Mac lalu berjaya mencapai 6.4 juta tontonan TV, sekaligus meningkat sebanyak 13% berbanding dengan AJL 37 tahun lalu juga tertinggi sejak 2021.

Manakala, capaian di platform digital juga menunjukkan peningkatan sebanyak 39.3% dengan jumlah 3.2 bilion dan sohor di media sosial selama 2 hari. (sumber: Nielsen, Tonton & Meltwater).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof, AJL 38 berjaya mencapai matlamat sebagai AJL paling ikonik dalam penganjurannya untuk memartabatkan lagu terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof.

“Persembahan pembukaan yang memukau dan tema MUZIKAVERSE juga mencetuskan ilham dan kreativiti yang luar biasa daripada semua pihak seperti pihak station, produksi dan barisan finalis AJL 38 dan turut menyumbangkan konsep persembahan dan rekaan pentas yang sangat unik.

“Bagi pihak TV3, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada lebih 200 warga kerja Media Prima yang terlibat dalam menjayakan AJL 38.

“Teruskan berkarya dan memberikan kandungan yang segar, menarik, menghiburkan dan menjadi sumber inspirasi kepada semua. Terima kasih juga kepada pihak penaja yang bersama-sama merealisasikan pentas AJL paling ikonik ini,” katanya.

AJL 38 telah mengangkat lagu ‘Hasrat’ ciptaan dan nyanyian Amir Jahari sebagai Juara Lagu, sekaligus menerima hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi.

Naib juara AJL 38 menjadi milik lagu Sutera nyanyian dan ciptaan Aisha Retno dan MFMF. Mereka membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi.

Menduduki tempat ketiga adalah lagu Jangan Mati Rasa Itu, nyanyian dan ciptaan Aina Abdul. Atas kemenangan itu, Aina menerima wang tunai RM30,000 dan trofi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini