comscore
Tumpuan :
Nasional

Air pasang besar di Selangor, 124 mangsa berlindung di tiga PPS

Foto hiasan

SHAH ALAM: Seramai 124 mangsa banjir daripada 45 keluarga berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan fenomena air pasang besar.

Tiga PPS itu adalah Dewan Hala Cara Baru dan Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai Jaya. Kedua-duanya terletak di Sungai Panjang, Sungai Besar.

Manakala satu lagi PPS adalah SK Sungai Sireh di Tanjong Karang.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, untuk PPS Dewan Hala Cara Baru membabitkan 33 mangsa daripada sembilan keluarga.

“Mereka terdiri daripada 15 lelaki dan 18 wanita. Laporan semasa akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Di PPS SK Binjai Jaya, Samsol Maarif berkata 58 mangsa daripada 24 keluarga tinggal sementara di lokasi itu yang membabitkan 28 lelaki dan 30 wanita.

Manakala di PPS SK Sungai Sireh pula, seramai 33 mangsa daripada 12 keluarga berlindung membabitkan 14 lelaki dan 19 wanita.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim mengingatkan penduduk di kawasan pesisir pantai di negeri ini berwaspada dalam mendepani fenomena air pasang besar yang dijangka berakhir 20 Okt ini.

Izham dilaporkan berkata, paras air laut akan mencecah 5.8 meter hari ini manakala pada 19 dan 20 Okt masing-masing dijangka pada paras 5.7 dan 5.5 meter.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini