Tumpuan :
Nasional

Air Pasang: 15 rumah terjejas di Menumbok

| Oleh Safwan Sawi

MELIMPAH Keadaan salah sebuah rumah penduduk yang terjejas dimasuki air pasang besar.

MENUMBOK: 15 buah rumah terjejas susulan fenomena air pasang besar serta ombak yang berlaku di perkampungan atas air kampung Laut dan Sekalong dekat sini malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian yang dilaporkan bermula jam 11.00 malam sehingga jam 1.00 pagi itu tidak ada laporan kemalangan jiwa atau rumah roboh ekoran bencana tersebut.

TURUN PADANG..Aminah turut meninjau keadaan jambatan jambatan yang menghubugkan rumah rumah penduduk di kampung Laut Menumbok.

Bagaimanapun kejadian tersebut menjejaskan penduduk kampung terlibat dimana hampir keseluruhan rumah dimasuki air selain memusnahkan harta benda

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Hajah Siti Aminah Aching yang kini berada di kawasan itu turut bergegas menemui penduduk yang terlibat selain menghulurkan bantuan awal dalam bentuk kewangan dan keperluan makanan untuk meringankan beban mereka yang terlibat.

RINGANKAN BEBAN Aminah ketika menyampaikan sumbangan kewangan dan keperluan makanan kepada salah seorang penduduk yang terjejas dengan bencana tersebut.

“Alhamdulillah hari ini saya berpeluang menemuai mereka yang terjejas disamping menghulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka dan turut bersyukur kerena tidak ada kejadian yang serius yang berlaku seperti rumah roboh sebagaimana yang berlaku di lain lain daerah seperti di Sandakan,Pitas, Kudat dan Tanjung Aru Kota Kinabalu” katanya ketika ditemui selepas melawat mangsa mangsa yang terlibat.

Dalam pada itu Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort meminta penduduk yang tinggal dikawasan pantai dan sungai khsusnya di kawasan tersebut agar sentiasa berwaspada ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini hujan dan juga fenomena air pasang besar yang berlaku di beberapa daerah di negeri ini.

TINJAU..Aminah diringi oleh Haji Mohd Fadzlee ketika meninjau keadaan sebuah rumah penduduk yang dimasuki air ekoran fenomena air pasang besar .

Katanya penduduk terlibat terutamanya yang tinggal di pesisir pantai atau berhampiran dengan pantai supaya berhati – hati dalam menghadapi fenoma air pasang besar ini dan sentiasa mendapatkan laporan terkini mengenai keadaan cuaca dari pihak yang berkuasa.

“Atas sebab keselamatan, saya meminta penduduk untuk mengosongkan rumah mereka dan menyelamatkan dokumen domumen penting sekiranya fenomena seperti ini berlaku di luar jangkaa katanya”

 

Ketua Wanita Umno Bahagian Beaufort itu juga meminta pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan keselamatan Kampung (JPKK ) di kampung yang terlibat agar memantau keadaan jambatan yang menghubungkan antara rumah ke rumah yang mungkin mengalami kerosakan ekoran bencana tersebut

Menurut beliau jika berlaku kerosakan ianya perlu diperbaiki segara agar tidak menjejaskan kehidupan penduduk yang terlibat.

Turut serta dalam lawatan ini Ketua Daerah Mengundi Menumbok Haji Mohd Fadzlee Abdullah pemimpin masyarakat tempatan serta pegawai pegawai dari Pusat Parlimen Beaufort.

Loading...
Terkini