comscore
Tumpuan :
Nasional

Air parit bertukar biru gara-gara tumpahan bahan pencuci

Gambar tular sebelum ini menunjukkan air parit di Jalan Haji Said, Kampung Bukit Bayan bertukar warna kebiruan. – Foto Tular

MELAKA: Hasil analisis kimia mengesahkan sisa tumpahan menyebabkan pencemaran parit di Jalan Haji Said, Kampung Bukit Bayan, Bukit Katil, awal bulan ini, tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Melaka Rosli Mustafa berkata, ia adalah bahan pencuci yang menyebabkan air di parit itu bertukar kebiruan.

Beliau berkata, laporan penuh analisis sampel berkenaan dikeluarkan Jabatan Kimia Malaysia, Bukit Katil.

“Setakat ini tiada tindakan diambil terhadap pelaku yang menyebabkan tumpahan bahan berkenaan.

“Ini kerana bahan pencuci tidak dikategorikan sebagai Buangan Terjadual di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan penduduk di kampung berkenaan gempar apabila air parit yang jernih tiba-tiba bertukar warna kebiruan, berbuih pekat dan berbau busuk serta menyebabkan banyak ikan mati.

Gambar tumpahan yang berlaku di situ turut tular selepas dikongsi penduduk di laman sosial.

Loading...
Terkini