comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Air mula naik di bandar Kota Tinggi

Bandar Kota Tinggi mula dinaiki air selepas hujan lebat sejak malam tadi dan berlarutan sehingga kini. – FOTO: NSTP

KOTA TINGGI: Air mula naik di bandar Kota Tinggi selepas hujan lebat sejak malam tadi dan berlarutan sehingga kini.

Tinjauan mendapati jalan-jalan utama di Bandar Kota Tinggi termasuk Kampung Kelantan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peng Hwa, depan Arked Mara dan deretan kedai di tepi sungai Johor dalam kawasan bandar terbabit mula dinaiki air banjir.

Manakala Sungai Johor berada pada paras amaran iaitu 2.43 meter hampir mendekati aras bahaya 2.6 meter.

Seorang peniaga di Gerai Muafakat Jalan Niaga, Kota Tinggi di sini telah mengambil langkah awal mengemas dan meletakkan barangan kedai di tempat tinggi sejak Jumaat lalu.

Katanya kedai cenderahati yang diusahakan itu pernah kerugian 100 peratus ketika banjir 2007.

“Banjir pertama dialami pada tahun 2007 ketika itu tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang di kedai saya.

“Banjir kali kedua pada 2020, saya kerugian lebih RM5,000 manakala banjir pada tahun lalu, saya sempat menyelamatkan barangan kerana membuat persiapan awal.

“Jangkaan air pasang penuh berlaku pada hari ini. Jika berlaku air pasang dan hujan lebat tidak henti dalam masa lebih sejam sahaja kedai kami sudah boleh dilanda banjir.

“Memang persiapan sudah dibuat sejak pagi tadi pun saya sentiasa memerhati keadaan sekeliling bimbang jika tiba-tiba air naik namun dalam masa sama amat berharap agar tidak berlaku banjir,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini