Tumpuan :
Nasional

Air ‘akuarium’ selamatkah?

PETALING JAYA: Peniaga diingatkan untuk menjadi lebih bijak dan berhati-hati dalam pemilihan bahan dan alat yang digunakan sebagai tempat penyimpanan dan penyediaan makanan atau minuman.

Public Health Malaysia menerusi laman Facebooknya memaklumkan, penyediaan sebarang bentuk makanan atau minuman haruslah berpandukan kepada peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) demi keselamatan pelanggan.

Katanya, peniaga harus peka dengan pemilihan bekas makanan atau minuman yang ada tanda “gred makanan”.

Jelasnya penggunaan akuarium boleh menyebabkan kebocoran bahan kimia dari bahan akuarium (silikon) yang tidak selamat ke dalam makanan.

Disebabkan akuarium mempunyai bahan-bahan kimia bahaya yang boleh menyebabkan kanser.

Pam akuarium, lapisan dalam akuarium dan di celah celah akuarium sukar untuk dibersihkan dan ia terdedah kepada risiko pertumbuhan bakteria dan kulat.

Peniaga diingatkan untuk mengutamakan keselamatan pengguna dan pengguna pula perlu bijak memilih premis makanan yang selamat.

Loading...
Terkini