comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Aidilfitri: Kadar khas RM50 saman polis hingga 21 Mei depan

Foto hiasan

Oleh Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Kadar khas bayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan selama sebulan bermula Jumaat ini (21 April) sehingga 21 Mei depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar khas itu adalah untuk semua saman trafik PDRM bagi kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya.

“Setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, PDRM akan melaksanakan Op Lancar pada hari ini dan esok bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, Op Lancar berkenaan memfokuskan kepada laluan yang dijangka mengalami kesesakan.

“PDRM komited untuk terus memastikan keselamatan jalan raya pada tahap yang optimum terutamanya pada musim perayaan.

“Selanjutnya, Op Selamat 20 pula akan dilaksanakan bermula Khamis ini (20 April) bagi tempoh tujuh hari dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’,” katanya.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, PDRM akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memastikan laluan ‘hotspots’ seperti susur masuk dan keluar di plaza tol tidak mengalami kesesakan lalu lintas.

Loading...
Terkini