comscore
Tumpuan :
Nasional

Aidiladha: Asnaf Wilayah Persekutuan terima insentif RM500

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Sempena Hari Raya Aidiladha, seramai 32,300 asnaf penerima bantuan zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bakal menerima bantuan insentif khas berjumlah RM500.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, MAIWP bersetuju untuk menyalurkan bantuan itu yang akan dikreditkan ke dalam akaun penerima selewat-lewatnya pada 14 Jun depan.

“Dalam hal ini, secara keseluruhannya, MAIWP telah memperuntukkan sebanyak RM16,150,000 daripada wang kutipan zakat yang diterima untuk diagihkan bagi membolehkan asnaf membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga tersayang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, penerima berkenaan terdiri daripada kategori asnaf fakir, miskin, muallaf dan ar-riqab di Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, pihaknya melalui MAIWP akan sentiasa berusaha dari semasa ke semasa untuk menyantuni keperluan serta kebajikan asnaf di Wilayah Persekutuan dengan sebaik-baiknya.

“Semoga wang zakat yang dibayar oleh pembayar zakat melalui Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” katanya.

Tarikh melihat anak bulan Zulhijjah bagi tahun ini ditetapkan pada petang Jumaat, 7 Jun 2024, bersamaan 29 Zulkaedah 1445 Hijrah di 29 lokasi di seluruh negara.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan tarikh 1 Zulhijah dan 10 Zulhijah (Aidiladha) yang ditetapkan, akan diisytiharkan pada malam 7 Jun melalui radio dan televisyen.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidiladha adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

May be an image of text

May be an illustration of text that says '4. 2024. Adalah dimaklumkan bahawa Bantuan Insentif Khas ini akan dikreditkan ke dalam akaun penerima selewat-lewatnya pada 14 Jun 5. Semoga wang zakat yang dibayar oleh para pembayar zakat melalui Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) akan mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu Wataala. 6. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui MAIWP akan sentiasa berusaha dari masa ke semasa menyantuni keperluan serta kebajikan asnaf di Wilayah Persekutuan dengan sebaik-baiknya. Sekian, terima kasih. SENATOR DATO' SETIA DR. MOHD NA'IM HAJI MOKHTAR Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) 30 Mei 2024 Page2of2 Page of2'

Loading...
Terkini