KUALA LUMPUR: Aliran trafik dari ibu negara ke arah Pantai Timur dilaporkan mula perlahan susulan pergerakan keluar warga kota menjelang perayaan Aidiladha.
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dalam satu hantaran di Facebook berkata trafik mula perlahan di Gombak bermula kilometer (KM) 21.6 hingga KM 26.0, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), di sini setakat 7.08 malam.
Trafik turut perlahan dari KM 33.3 hingga KM 37.0 dari Gombak ke Genting Sempah, KM 39.3 hingga KM 40.8 dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi dan dari KM 41.9 hingga KM 42.9 serta KM 47.0 hingga KM 50.7 Bukit Tinggi ke Lentang.
Pertambahan kenderaan dilaporkan di KM 53.1 menyebabkan kesesakan sejauh 1.7 km sehingga KM 54.8 dari Lentang ke Bentong.
Aliran trafik di LPT1 arah timur dilaporkan sesak bermula KM 122.0 hingga KM 123.5 dari Lanchang ke Temerloh berikutan pertambahan lalu-lintas di laluan kontra mitigasi banjir.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa