Tumpuan :
Nasional

Ahmad Terrirudin akhiri tugas Peguam Negara

Oleh: Syafiqah Damanhuri

PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas peluang yang diberikan kepadanya ketika mengetuai Jabatan Peguam Negara (AGC).

Beliau berucap demikian pada hari terakhirnya menjawat jawatan itu di pejabatnya di sini.

“Terima kasih pada kerajaan kerana memberi saya peluang menerajui Jabatan Peguam Negara.

“Esok saya angkat sumpah (Hakim Mahkamah Persekutuan). Okay Putrajaya, thank you very much. Terima kasih semua.” katanya pada sesi merakam waktu keluar di sini, hari ini.

Ahmad Terriruddin telah memenuhi kelayakan untuk menjadi hakim Mahkamah Persekutuan.

Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan menyatakan sebarang pelantikan ke jawatan itu layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai undang-undang pada 1992 dan pernah berkhidmat sebagai penasihat undang-undang Kedah, sebelum dilantik ketua pendaftar di Mahkamah Persekutuan pada 2019.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan memaklumkan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di AGC, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar menggantikan beliau sebagai Peguam Negara yang baharu, berkuat kuasa esok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini