KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar masuk menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pagi ini.
Kenderaan rasmi beliau dirakam memasuki Istana Syarqiyyah jam 8.38 pagi tadi.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang itu masuk menghadap bagi memohon perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ia sekaligus bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN).
DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi. 22 daripadanya dipegang oleh PAS manakala baki 10 oleh Barisan Nasional (BN).
Situasi di hadapan istana tenang dan pengamal media berada di perkarangan luar istana sejak jam 7.00 pagi tadi.