Oleh : Amirulhakim Lokman
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim diarah keluar Dewan Rakyat selama dua hari .
Ia berikutan kekecohan yang ditimbulkan beliau apabila berulang kali mencelah dan menganggu Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang sedang menggulung perbahasan Belanjawan 2023.
Situasi itu menyebabkan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul mengarahkan Awang keluar Dewan hari ini dan esok.
“Tidak boleh mengawal dewan, kerana rakyat nak dengar apa yang kita bincang sebab itu Pendang, hari ini dan esok silakan” tegas speaker.