comscore
Tumpuan :
Nasional

Ahli Parlimen kerajaan hadir pra majlis sesi Dewan Rakyat

Oleh: Hilmi Abdul Malik

PUTRAJAYA: Kesemua Ahli-ahli Parlimen kerajaan hari ini hadir ke Pra Majlis Sesi Dewan Rakyat yang diadakan di Kompleks Seri Perdana.

Pertemuan itu merupakan rutin kerajaan menjelang pembukaan sidang Dewan Rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bakal menyampaikan beberapa amanat dan tumpuan sepanjang persidangan berlangsung.

Terdahulu, beberapa kenderaan yang membawa Menteri dan juga Timbalan Menteri kelihatan mula memasuki perkarangan Kompleks Seri Perdana.

Antara yang turut kelihatan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, serta Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Selain itu, Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 esok juga bakal menjadi tumpuan berkenaan titah sulung Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas dilantik memegang jawatan itu.

Dalam pada itu, beberapa agenda persidangan yang turut menjadi tumpuan adalah Pindaan Akta Mahkamah Syariah.

Mesyuarat berkenaan difahamkan bermula pada jam 10 pagi.

Media dalam masa sama akan cuba mendapatkan reaksi beberapa Ahli Parlimen mengenai intipati pertemuan yang berlangsung hari ini.

Persidangan kali ini akan berlangsung selama 19 hari bermula 26 Februari sehingga 27 Mac depan.BTV3 WORK

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini