comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ahli Parlimen Gua Musang isytihar sokong kepimpinan PM Anwar

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim menzahirkan sokongan beliau kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta inisiatif-inisiatif Kerajaan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Sokongan itu diumumkan setelah beliau meneliti dan mendengar Pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu, keputusan yang dibuat bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk di Parlimen Gua Musang terbela dan akan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur dalam tempoh penggal perkhidmatannya.

 

“Sejujurnya, saya tidak berniat untuk keluar atau mengkhianati Parti Bersatu, tetapi demi memastikan Parlimen saya Gua Musang seiring dengan pemerintahan Persekutuan, adalah wajar untuk saya bersama di dalam saf kepimpinan Putrajaya yang diketua oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,”katanya.

“Buat masyarakat Gua Musang yang sangat saya kasihi, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah S.W.T sentiasa memberkati bumi bertuah Gua Musang dan kita semua mendapat limpahan pembangunan sebagaimana kita harapkan” tambahnya.

Loading...
Terkini