comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ahli Parlimen dalam blok kerajaan juga disiasat – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengesahkan pihak berkuasa turut menyiasat Ahli Parlimen dalam blok kerajaan dan bukannya hanya membabitkan pembangkang saja.

Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak mengetahui secara khusus mengenai siasatan berkenaan.

“Saya tidak tahu khusus, tetapi saya dimaklumkan memang ada siasatan membabitkan pembangkang dan blok kerajaan. Saya tidak tahu jawatan dan sebagainya, namun ketika soalan ini saya hanya bertanya kepada pihak penguatkuasaan dan mereka sahkan ada siasatan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) sama ada terdapat siasatan atau pendakwaan membabitkan blok kerajaan seperti dilakukan terhadap pembangkang.

Mengulas siasatan dana politik, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, pihaknya juga terbuka dengan siasatan itu sekiranya terdapat pihak yang membangkitkan berkaitan hal berkenaan.

“Saya terbuka dan tiada masalah, tetapi kena faham undang-undang sekarang ini ia membolehkan derma kepada parti politik.

“Jadi kalau ada permasalahan atau kekhuatiran bahawa ada unsur rasuah dalam derma kepada parti PKR, itu boleh dibangkitkan, saya tiada masalah bab itu.

“Apa yang dikaitkan dengan pendakwaan sebelum ini adalah ia terkait dengan kontrak yang diberikan (iaitu) individu yang menerima kontrak berkenaan sama ada memperoleh kontrak itu secara dikehendaki atau apa juga maksudnya, memasukkan dana ke dalam akaun syarikat milik individu berkenaan atau individu yang ada dalam parti terbabit,” katanya.

Loading...
Terkini