![](https://media.buletintv3.my/2024/08/BULETIN-TV3-A-1.jpg)
KLUANG: “Kami hanya berserah kepada Allah” itu harapan yang disandarkan ahli keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, yang ditidurkan selepas dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas.
Anak keempatnya, Nadia Abu Bakar berkata ibunya masih ditidurkan sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) sejak awal pagi semalam.
“Setakat ini doktor cuma cakap minta masa mungkin esoklah keputusannya keluar untuk diagnos (penyakit), untuk prosedur dia semualah,” katanya ketika ditemui di luar lobi HEBHK di sini hari ini.
Kira-kira 30 ahli keluarga Datuk Sharifah Azizah, bekas Ketua Wanita UMNO Johor itu hadir bagi mengikuti perkembangan semasa pemimpin berkenaan.
Turut hadir Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon dan exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Khairin Nisa Ismail.
Datuk Sharifah Azizah memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022.
Sebelum itu beliau dipilih sebagai ADUN Penawar mulai 2018 hingga 2022.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.