comscore
Tumpuan :
Nasional

Ahli GISBH dera kanak-kanak di rumah amal didakwa esok – KPN

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang juga ahli GISB Holdings (GISBH) akan didakwa esok pagi kerana mendera kanak-kanak ketika di bawah jagaan salah sebuah rumah amal yang dikaitkan dengan syarikat itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, pertuduhan akan dibuat terhadap lelaki itu akan dilakukan di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor.

“Kita akan tuduh suspek yang dikaitkan dengan video tular mendera kanak-kanak di bawah rumah amal dikaitkan dengab GISBH esok,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, satu jemputan media mengenai pertuduhan ke atas suspek sudah dikeluarkan Bukit Aman malam ini.

Pendakwaan berkenaan akan dilakukan di mahkamah berkenaan pada jam 8.45 pagi esok mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beberapa rakaman video berkaitan penderaan terhadap kanak-kanak dan remaja yang menghuni di rumah amal berkenaan kini dalam penelitian pihak polis.

Menerusi beberapa rakaman video yang tular, salah satunya yang berdurasi seminit sembilan saat menunjukkan seorang kanak-kanak sedang menahan kesakitan sambil menangis dipercayai akibat dadanya ditindih dengan lutut oleh seorang lelaki.

Dalam satu lagi rakaman video berdurasi 42 saat, kelihatan kanak-kanak lelaki dirotan seorang lelaki pada bahagian tapak tangan beberapa kali menyebabkan kanak-kanak itu mengaduh kesakitan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini