comscore
Tumpuan :
Nasional

Agus ke Bukit Aman esok beri keterangan

Mohammad Agus Yusoff. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, esok.

Ia bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap kakitangan J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, yang dipercayai berlaku di Bintulu, Sarawak, Oktober lalu.

Sumber mengesahkan bekas pensyarah politik itu akan hadir kira-kira 10 pagi, diiringi peguam Faizal Abd Rahman.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan pihaknya melakukan siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan Mohammad Agus terhadap Abdul Wahab yang dipercayai berlaku di sebuah hotel di Bintulu pada 21 Oktober.

Susulan itu, beliau memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D kanun sama atas kesalahan melanggar kesopanan.

Abdul Wahab tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang bersama peguamnya pada 30 November lalu.

Sebelum itu dia dilapor dirakam percakapan berhubung rakaman video perbualan tular berunsur lucah yang mengaitkan Mohammad Agus.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini