comscore
Tumpuan :
Nasional

Agus akan dirakam keterangan di Bukit Aman esok – KPN

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, akan dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman, esok.

Ia bagi membantu siasatan berhubung video perbualan berunsur lucah yang tersebar di media sosial sejak Khamis lalu,

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain, penolong pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani juga akan diambil keterangan bagi tujuan sama, dalam masa terdekat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Abdul Wahab yang juga Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Langat, sebelum ini mengaku merakamkan video berkenaan tetapi mendakwa kandungannya sudah disunting.

Mohammad Agus (kiri) bersama Abdul Wahad (kanan). – FOTO: NSTP

Razarudin berkata Abdul Wahab dijangka memberi keterangan secara berasingan.

“Abdul Wahab akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“Kita juga akan memanggil beberapa individu lain dalam proses membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Razarudin berkata, siasatan juga sedang dijalankan bagi mengenalpasti individu dikatakan sebagai ‘Mr H’ yang sebelum ini dilaporkan sebagai bertanggungjawab mengubahsuai video berkenaan.

Setakat ini, masih belum dapat dipastikan waktu dan lokasi proses rakaman percakapan Mohammad Agus dijalankan esok.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, mengesahkan pihaknya akan mengadakan sidang media berhubung kes berkenaan, esok.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini