comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong zahir kata-kata semangat kepada kontinjen Olimpik, Paralimpik Paris 2024

Sultan Ibrahim. – FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan kata-kata semangat kepada kontinjen negara ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.

Seri Paduka Baginda menzahirkan perkara itu menerusi hantaran dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet negara yang akan bertanding pada Sukan Olimpik 2024.

“Bersama-sama kita mendoakan kecemerlangan buat atlet-atlet yang mewakili negara ke temasya Olimpik dan Paralimpik,” titah Sultan Ibrahim.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menyempurnakan majlis penyerahan Jalur Gemilang kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 di Istana Negara, hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia Datuk Seri Megat D Shariman.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Dr Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan Olimpik Datuk Hamidin Mohd Amin dan CDM kontinjen negara ke Sukan Paralimpik Datuk Subramanian Raman Nair.

Pada temasya Olimpik Paris 2024, 25 atlet kebangsaan akan mengambil bahagian setakat ini, manakala sukan Paralimpik pula membabitkan 20 atlet.

Sukan Olimpik Paris 2024 akan membuka tirai pada 26 Julai hingga 11 Ogos, manakala Sukan Paralimpik bermula pada 28 Ogos hingga 8 September ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini