comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong Sampaikan Watikah Sasterawan Negara Kepada Datuk Rahman Shaari

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR:Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan watikah Sasterawan Negara kepada Datuk Rahman Shaari pada majlis Anugerah Sastera Negara ke -15, hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata pemilihan Datuk Rahman berdasarkan kepada sumbangan beliau menerusi sumbangan bakti menghasilkan pelbagai karya yang bermutu tinggi, memperkukuh budaya ilmu, mengangkat persuratan Melayu, dan memupuk semangat cinta akan nilai hasil seni dalam kalangan masyarakat.

“Dunia kepengarangan beliau yang prolifik telah mencetus dan menggerakkan rasa bangga akan hasil seni anak tempatan dalam mengangkat budaya bangsa ke persada persuratan yang dihormati,”

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan menjunjung kasih Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara Ke-15.

Turut mencemar duli ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Datuk Rahman kelahiran Kampung Gial, Mata Ayer, Perlis sehingga kini menghasilkan 11 buah novel,10 kumpulan puisi serta beberapa karya lain termasuk cerpen dan drama.

https://youtu.be/ReaPyb7mHIM

Dengan pengurniaan itu beliau menerima wang tunai RM 60,000, penerbitan sebanyak 50 000 naskhah buku atau nilai harga buku berjumlah maksimum RM500,000 untuk dibeli oleh kerajaan selain elaun RM5000 sebulan dan beberapa kemudahan lain.

Loading...
Terkini