comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Kelantan

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan ke-55 kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

“Semoga Allah SWT merahmati Baginda dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia Baginda,” menurut poster itu.

Kelantan meraikan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan pada setiap 29 September sebagai cuti umum. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini