KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan itu.
Dalam satu hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah semoga perayaan Tahun Baharu Cina ini membawa kemakmuran serta kebahagiaan kepada mereka yang menyambutnya.
“Semoga sambutan Tahun Baharu Cina ini mengukuhkan lagi perpaduan sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa di negara ini,” titah Seri Paduka Baginda.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.