
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di Malaysia.
Dalam satu hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua berharap agar bulan penuh keberkatan ini dimanfaatkan untuk mempererat hubungan sesama umat serta membantu golongan yang memerlukan.
“Saya dan Raja Permaisuri Agong mendoakan agar Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengurniakan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia serta dielakkan sebarang perselisihan atau perbalahan bersempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini,” titah baginda.
Sultan Ibrahim turut menyeru umat Islam agar bermunajat dan berdoa demi kesejahteraan negara, memohon rahmat serta perlindungan daripada sebarang ancaman, bencana dan musibah.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.