comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Aidiladha

FOTO: Ihsan Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Dalam catatan melalui Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini, Seri Paduka berdua turut menzahirkan doa agar ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna dan diberkati serta diterima Allah SWT.

“Saya juga berdoa supaya jemaah haji Malaysia di Tanah Suci dapat mengerjakan ibadah dengan selamat dan dikurniakan haji mabrur.

“Bersama-sama juga kita mendoakan kesejahteraan berterusan bagi negara tercinta ini,” titah baginda.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha, esok. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini