KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan salam Israk dan Mikraj.
Titah ucapan tersebut dizahirkan melalui hantaran beserta poster di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Israk dan Mikraj yang disambut esok, merupakan mukjizat besar yang diberikan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW termasuk penetapan kewajipan solat fardu lima waktu bagi umat Islam.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.