Tumpuan :
Nasional

Agong, Raja Permaisuri iftar bersama PM, Jemaah Menteri

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berbuka puasa bersama jemaah menteri dan perwakilan asing di Istana Negara, hari ini

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri dan perwakilan asing di Istana Negara, di sini malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang pulang daripada lawatan kerja rasmi ke Arab Saudi petang tadi, turut hadir pada majlis itu.

Selain kelihatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Fadillah Yusof serta perwakilan asing antaranya dari Yaman, Turkiye, Arab Saudi, Syria, Jordan, Mesir, Senegal, Palestin, Bangladesh, Libya, India dan Brunei.

Seri Paduka berdua juga berkenan menunaikan solat fardu maghrib berjemaah bersama tetamu yang diimamkan Penolong Pegawai Agama Istana Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim di Surau Istana Negara.

Loading...
Terkini