comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis ramah mesra Aidilfitri

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan perwakilan asing di Istana Negara di sini.

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Majlis dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta  Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Kabinet, serta pasangan masing-masing.

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Majlis yang dihadiri kira-kira 400 tetamu itu turut disertai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Antara juadah yang disajikan ialah lemang, ketupat, rendang, sate, nasi briyani, laksa Johor serta mi rebus Johor yang dihidangkan secara bufet.

Majlis berkenaan turut dihadiri perwakilan asing antaranya dari United Kingdom, Turkiye, Mesir, Uzbekistan, Maldives, Senegal dan Ireland.

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Tetamu lain yang dijemput adalah kerabat-kerabat Diraja Johor.

Terdahulu, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini