Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan berangkat ke Majlis Santapan Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara, pagi ini. pic.twitter.com/olau2f7Xxu
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) April 22, 2023
Oleh Khairul Rizuan Azizan
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan berangkat ke Majlis Santapan Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara, pagi ini.
Terdahulu, baginda berdua menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Santapan, Istana Negara.
Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid.
Baginda kemudian berkenan bersantap bersama anggota Kabinet kerajaan, kerabat, dif kenamaan utama dan duta asing di Dewan Santapan Utama, Istana.