comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak kepada penganut Buddha

 

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha yang menyambut perayaan itu hari ini.

Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Poster ucapan Seri Paduka berdua itu dimuat naik di Facebook Istana Negara.

“Semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut agama Buddha,” menurut Istana Negara.

Hari Wesak disambut penganut Buddha sebagai menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha, iaitu kelahirannya, penyedaran dan hari dia meninggal dunia.

— BERNAMA

Loading...
Terkini