comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Krismas

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada masyarakat Malaysia yang beragama Kristian.

Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Istana Negara.

“Semoga perayaan ini membawa keamanan, kemakmuran, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat yang beragama Kristian di Malaysia,” menurut hantaran itu.

Hari Krismas atau Natal disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian.

Loading...
Terkini