comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Hari Pekerja

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Pekerja sempena sambutan itu hari ini.

Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Poster ucapan Seri Paduka berdua itu dimuat naik di laman rasmi Facebook Istana Negara.

Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun dan tema sambutan tahun ini ialah Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani.

Loading...
Terkini