Tumpuan :
Nasional

Agong perkenan pindaan undang-undang tangani keselamatan, jenayah buli siber – Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil semasa sidang media Majlis Pelancaran Chatbot Sebenarnya.my di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Oleh: Syafiqah Damanhuri

CYBERJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memberi perkenan terhadap pindaaan Akta Komunikasi dan Multimedia serta Kanun Keseksaan berkaitan isu ancaman dan keselamatan dalam talian.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pindaan itu akan diwartakan dalam undang-undang dalam tempoh terdekat.

“Saya dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong sudah perkenan pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia, Kanun Keseksaan mengenai buli siber dalam dan luar talian serta Akta Keselamatan Dalam Talian.

“Setelah ia diwartakan, insya-Allah kita akan berupaya untuk menangani beberapa masalah termasuk pedofilia dalam talian, jenayah seksual terhadap kanak-kanak, buli siber dan juga masalah melibatkan scam.” Katanya dalam ucapan di Majlis Pelancaran Chatbot Sebenarnya.my di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Ujarnya, usaha itu sebahagian inisiatif kerajaan untuk mengekang berita palsu dalam aplikasi Whatsapp serta media sosial.

Selain itu, mengulas mengenai pelesenan media social, Fahmi memaklumkan beberapa pengendali platform berkenaan masih lagi dalam proses dokumentasi.

“Setakat semalam, pihak Meta telah menghantar sejumlah dokumen, kita sedang memproses. Kita jangkakan dalam masa masa tidak terlalu lama kita akan lesenkan.

“Yang lain seperti yang saya dah sebutkan sebelum ini untuk Google, Microsoft Linkedin dan juga X, di pihak MCMC beberapa perkara sedang disusuli, masing masing mempunyai pandangan.

“Tetapi saya berpandangan kita perlu ambil tindakan dan kita tidak akan tangguh terlalu lama sebelum tindakan tindakan ini diambil.” Ujarnya semasa sidang media di majlis sama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini