Oleh: Juliana Sharin
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak yang baharu akan diumumkan dalam tempoh sehari dua lagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata nama calon yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah minggu lalu, telah diperkenan baginda.
Katanya nama itu dikemukakan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.
Baru-baru ini tular dakwaan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan telah meletak jawatannya pada
Jumaat bagi menyandang jawatan sebagai TYT Sarawak ke-8.
Ia bagi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang memegang jawatan sebagai TYT Sarawak sejak Mac 2014.
“Seterusnya mengenai pelantikan Yang di-Pertua Dewan Negara, kita bincang dan akan adakan mesyuarat Sekreteriat Kerajaan Perpaduan malam ini, supaya dapat disegerakan pelantikan,” katanya.