Tumpuan :
Nasional

Agong mahu polis jalankan siasatan segera, menyeluruh kes GISBH

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Dalam titahnya, Baginda memandang serius perkara itu selepas pelbagai berita dilaporkan berkaitan rumah amal berkenaan.

“KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

“Sultan Ibrahim bertitah, Baginda memandang serius perkara itu selepas pelbagai berita dilaporkan serta disiarkan di dalam media massa berkaitan rumah amal berkenaan.

“Baginda bertitah perkara berkaitan akidah umat Islam seharusnya dipelihara setiap masa dan tidak boleh dipandang ringan,” titah Baginda yang disiarkan di laman Facebook rasminya hari ini.

Titah Sultan Ibrahim lagi, semua pihak dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau pandangan yang melampau berkaitan isu agama.

“Saya mahu siasatan menyeluruh dijalankan dan tindakan segera diambil,” titah Baginda kepada Royal Press Office pada hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini