comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong lengkapkan 2,154km Kembara Kenali Borneo di Telok Melano

LUNDU: Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengakhiri Kembara Kenali Borneo selama 11 hari di Telok Melano selepas menelusuri perjalanan sejauh 2,154 kilometer yang bermula di Tawau Sabah.

Konvoi kembara Baginda bersama anakandanya yang tiba pada jam 12.40 tengahari disambut meriah oleh lebih 2,000 penduduk yang tinggal di penempatan terakhir di sebelah selatan Sarawak itu yang turut bersempadan dengan Kalimantan Barat.

Sejurus tiba bagida meluangkan masa utuk beramah mesra dengan penduduk yang menanti sejak awal pagi selain turut berkenaan merakamkan gambar kenangan bersama tiga anakandanya iaitu Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzan Shah di titik sifar Lebuhraya Pan Borneo di tepi pantai Telok Melano.

Baginda kemudiannya turut berkenan mencemar duli merasmikan upacara pecah tanah Masjid Al-Sultan Abdullah, Telok Melano yang dibina dengan peruntukkan berjumlah 5 juta ringgit.

Kembara Kenali Borneo yang bermula di Tawau pada 3 September lalu memberi peluang kepada rakyat di kedua negeri Sabah dan Sarawak mendekati Yang Dipertuan Agong, Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda baginda.

Sepanjang 11 hari kembara berkenaan, sebanyak 14 lokasi telah dilalui oleh keluarga diraja itu dengan lokasi terakhir adalah di titik sifar, Telok Melano.

Loading...
Terkini