Tumpuan :
Nasional

Agong kurnia surat cara pelantikan kepada 25 hakim di Istana Negara

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 25 hakim di Istana Negara hari ini.

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

Istiadat yang berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil Istana Negara itu dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohamed Hashim diikuti Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

Baginda kemudian berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada lapan Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Noorin Badaruddin, Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril, Datuk Dr Alwi Abdul Wahab, Datuk Faizah Jamaludin, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Datuk Ismail Brahim, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin.

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

Pada istiadat itu, Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 15 Hakim Mahkamah Tinggi, iaitu Azizan Md Arshad, Narkunavathy Sundareson, Noor Ruwena Md Nurdin, Jamhirah Ali, Noor Hayati Mat, Azlan Sulaiman dan Kenneth Yong Ken Chinson St. James.

Hakim Mahkamah Tinggi yang lain ialah Leong Wai Hong, Noor Hisham Ismail, Roz Mawar Rozain, Wan Fadhilah Nor Wan Idris, Rofiah Mohamad, Wong Mee Ling, Datuk Raja Ahmad Mokhzanuddin Shah Raja Mohzan dan Suria Kumar D.J. Paul.

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

Turut hadir menyaksikan istiadat itu ialah Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli.

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

Selain itu, turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri Datuk Zamri Bakar dan Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Hakim Salinah Ismail.

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

Selesai pengurniaan surat cara pelantikan, Yang di-Pertuan Agong berkenan bergambar bersama hakim-hakim yang baru dilantik. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini