Oleh Fazli Ahmad
KUANTAN: Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Abdulaziz, Kuantan, hari ini.
Turut berangkat ke majlis santapan itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Sebelum berbuka puasa, Al-Sultan Abdullah berkenaan menerima mengadap Perdana Menteri untuk mesyuarat pra-kabinet selama sejam bermula jam enam petang.
Turut serta di majlis santapan berbuka puasa ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Exco Pahang serta pegawai kanan kerajaan negeri.
Datuk Seri Anwar berlepas pulang ke ibu negara jam sembilan malam tadi.