comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong dahulukan rakyat, beri laluan kepada ambulans

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah dirakam memberikan laluan kepada sebuah ambulans di Pekan, Pahang. -Foto: Istana Negara

KUALA LUMPUR: Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mendahulukan rakyat yang berada dalam kecemasan dengan memberikan laluan kepada sebuah ambulans di Pekan, Pahang, petang semalam.

Menerusi perkongsian video berdurasi 11 saat di laman Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah yang ketika itu sedang memandu dilihat memberikan laluan kepada ambulans yang menyembunyikan siren kecemasan.

Menurut catatan di laman itu, Seri Paduka dalam perjalanan berangkat ke Istana Abdul Aziz di Kuantan dari Pekan, apabila ambulans yang membawa pesakit yang memerlukan rawatan segera itu berada di belakang kenderaan yang mengiringi baginda.

Loading...
Terkini