comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong Berangkat Ke Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara

| Oleh Juliana Sharin

 

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berangkat meninggalkan Istana Negara, mencemar duli ke Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Ampang, kira-kira jam 10.05 pagi tadi.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, selain sembah taklimat cuaca dan banjir oleh Ketua Setiausaha KASA bersama Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dan Ketua Pengarah JPS.

Istana Negara menjadi tumpuan petugas media selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengadap Baginda jam 4 petang ini.

 

Khabar angin bertiup kencang bahawa Datuk Seri Ismail Sabri akan memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan Dewan Rakyat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini.

Beliau bagaimanapun sebelum ini memaklumkan bahawa pertemuan ini adalah rutin biasa bagi membentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet.

Pertemuan itu juga kemungkinan bertujuan untuk sembah maklum mengenai Bajet 2023 yang akan dibentangkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen esok.

 

Loading...
Terkini