KUALA LUMPUR: Tarikh pengumuman dan semakan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2022 dijangka sedikit lewat berbanding tahun lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan ini kerana agihan dividen hanya boleh dibuat selepas audit bersih dilaksanakan.
“Insya-Allah dalam masa terdekat… ia agak lewat sedikit kerana laporan daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) memerlukan TH untuk mengumumkan agihan dividen setelah audit bersih dibuat.
“Jadi ia mengambil sedikit masa untuk membuat pengumuman tarikh (agihan dividen) berbanding tahun lepas,” katanya sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) di Dewan Negara hari ini.
Pada tahun lalu, pengumuman berhubung perkara itu dilakukan pada 24 Februari 2022.