Tumpuan :
Nasional

Agihan bantuan awal persekolahan bermula 13 Januari

Oleh: Syafiqah Damanhuri

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memulakan agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 pada 13 Januari 2025.

KPM dalam satu kenyataan berkata, bagi murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026, agihan akan bermula pada 16 Februari 2025, manakala murid Tingkatan 6 baharu akan menerima bantuan bermula 1 Julai 2025.

Katanya, pada tahun ini, buat pertama kali inisiatif itu diperluas kepada pelajar Tingkatan 6.

“Kerajaan MADANI memperuntukkan RM791.25 juta untuk BAP, dengan setiap murid menerima bayaran sebanyak RM150 secara one-off. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta murid di seluruh negara, termasuk pelajar Tingkatan 6 yang buat pertama kalinya turut menerima inisiatif ini,” ujarnya.

Selain itu, KPM memaklumkan agihan bantuan oleh pihak sekolah akan dilakukan melalui tiga kaedah.

Ia termasuk serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa murid (sekolah menengah), pengkreditan ke akaun bank murid dan pengkreditan ke akaun bank ibu bapa bermula tahun ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini