comscore
Tumpuan :
Nasional

AGC telah beri maklum balas cadangan pembatalan sewaan Black Hawk

FOTO: Fail NSTP

JELEBU: Kementerian Pertahanan (MINDEF) sudah mendapat maklum balas daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) berhubung cadangan pembatalan kontrak sewaan helikopter Black Hawk untuk Tentera Darat Malaysia (TDM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, maklum balas itu juga mengandungi apa yang perlu kementerian lalkukan dalam isu berkenaan.

Katanya MINDEF sedang berbincang untuk mencari jalan terbaik berhubung pembatalan itu.

“AGC beri semua kemungkinan, kalau dibatalkan macam mana, kalau tak batal apa perlu kita buat.

“Perbincangan itu tidak akan dibawa ke mesyuarat Kabinet sebaliknya akan diselesaikan di peringkat kementerian sahaja,” katanya ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNOBahagian Jelebu di Kompleks UMNO Jelebu di sini hari ini.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di pelancaran mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jelebu, hari ini. – FOTO: NSTP

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Jelebu yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Pada 11 Mei lalu, TDM mengusulkan kepada MINDEF untuk membatalkan sewaan helikopter berkenaan susulan kelewatan penghantaran helikopter pertama.

Mohamed Nordin dalam jawapan bertulis yang disiarkan di dalam laman web Parlimen pada 1 Julai berkata kementerian mahu mendapatkan maklum balas daripada AGC berhubung cadangan pembatalan kontrak itu.

Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Mohamed Khaled berkata, kerajaan sudah ada perancangan terhadap pasukan pengaman dari negara ini di Lubnan sekiranya konflik di antara Palestin dan Israel semakin merebak.

“Kita sudah merangka apa yang perlu termasuk membawa pulang pasukan yang menjalankan tugas pengamanan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Ketika ini seramai 854 pegawai dan anggota dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM yang membentuk Batalion Malbatt 850-11 melaksanakan misi pengaman dan kemanusiaan di Lubnan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini