comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Aedy Fadly, Ketua Pengarah JPJ baharu

Oleh: Aisyah Musa

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia hari ini mengumumkan perlantikan Aedy Fadly Ramli sebagai Ketua Pengarah JPJ yang baharu.

JPJ dalam satu kenyataan berkata, Aedy Fadly berkelulusan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Bandar) dari Universiti Teknologi Berlin, Jerman pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Malaysia pada tahun 2021.

“Aedy Fadly mempunyai pengalaman dalam perancangan strategik dasar, isu dan sistem berkaitan pengangkutan jalan serta perancangan operasi JPJ semasa jawatannya sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Malaysia bermula tahun 2021.”

“Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Bahagian Pembangunan di Kementerian Pengangkutan Malaysia, Setiausaha Bahagian Perolehan dan Aset di Kementerian Pendidikan Malaysia serta pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Perlantikan beliau berkuatkuasa hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini