KUALA LUMPUR: Susulan poster palsu mengenai pelantikan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai Pengerusi Felda, polis akan merakam keterangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubu Gajah.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, Khalil Yahaya dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Selasa ini.
“Janji temu sudah dibuat untuk rakaman percakapan Ustaz Khalil pada jam 10 pagi di IPD Taiping,” katanya.
Media semalam melaporkan, polis menerima laporan dibuat Teresa Kok berhubung poster pelantikannya sebagai pengerusi Felda.
Siasatan polis mendapati berita palsu itu berasal dari laman sosial Facebook Khalil.Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.